Bunga selasih tepi kolam,

Friday, April 29



Di era langit terbuka ini, kebanyakan pelajar telah dirampas telefon bimbitnya akibat mereka ini terlalu keras kepala dan melanggar peraturan sekolah yang sedia ada dibuat untuk dilanggar oleh manusia seperti pelajar di atas. Oleh itu, pada hari ini usai menduduki kertas pertamanya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu matapelajaran Bahasa Melayu dan juga Sejarah, dia telah pulang ke rumah dan menggunakan telefon bimbit yang ada untuk digunakan. Tuntasnya, sebagai pelajar yang berdedikasi yang berusaha mendukung aspirasi guru Bahasa Melayunya ini, saya berusaha menggunakan Bahasa Melayu saya sebaik mungkin.


Otak saya seakan tepu untuk menerima sebarang ilmu berkaitan asas teras dan juga elektif sains. Dalam pada masa yang sama, saya baru sahaja pulak daripada bowling park dan sekarang sudah pukul 1.06 pagi. Mata saya seakan beruang panda, dah beberapa inci lagi sudah mahu tertutup. Tetapi saya memaksa diri untuk terus menaip dan membalas sebaik mungkin chat chat yang ada di Facebook saya.


Marcapada ini, kehidupan saya kelihatan agak sedikit huru-hara kerana saya tidak mengawal diri dan emosi saya sendiri. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan memperbanyakkan bersabar supaya keadaan tidak huru-hara lagi. Konklusinya, rumusan hari ini ialah saya teramatlah sangat penat dan saya sudah mahu beradu. Selamat malam.